Apr 11, 2026 - FASSelangor FC bakal menerima kunjungan Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bagi aksi Liga Super ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam ini.
Setakat ini, skuad Gergasi Merah berada di tangga kedua liga dengan 42 mata, berkongsi jumlah mata yang sama dengan Kuala Lumpur City FC selepas mengharungi 20 perlawanan dengan mencatatkan 13 kemenangan, tiga keputusan seri dan empat kekalahan.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, pasukan perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk memberikan yang terbaik kepada para penyokong.
“Kita perlu memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri, terutamanya dengan sokongan padu daripada para penyokong yang sentiasa memberikan motivasi tambahan kepada pasukan. Sudah tentu kita menghormati pihak lawan kerana mereka adalah pasukan yang berkualiti. Namun, saya yakin dengan para pemain serta usaha yang telah mereka lakukan. Kita perlu berdisiplin, mengikut pelan permainan dan beraksi dengan intensiti tinggi. Kita akan berikan yang terbaik untuk pamerkan persembahan cemerlang serta meraih keputusan positif buat para penyokong,” jelas beliau.
Dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama kita turun memberi sokongan padu kepada pasukan untuk terus melakar kejayaan bersama.
Pihak pengurusan Selangor FC sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan dan yakin skuad Gergasi Merah mampu memberikan saingan sengit dalam usaha meraih tiga mata berharga pada malam ini.
Demi Kebanggaan!